UMNO menyerahkan sepenuhnya kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Presidennya, Ahmad Zahid Hamidi berkata parti itu menghormati SPRM dan berharap agensi tersebut berlaku adil dan profesional di dalam penyiasatan tanpa sebarang campur tangan politik.
Beliau turut menegaskan bahawa UMNO tidak terlibat dalam siasatan SPRM dan percaya proses undang-undang untuk menentukan kebenaran.
Secara peribadi saya juga pernah mengalami keadaan itu jelas apabila kes saya dibawa ke mahkamah walaupun pelbagai pihak yang melemparkan pelbagai tuduhan dan sebagainya.
Akhirnya keadilan telah dapat ditegakkan dan saya harap perkara yang sama akan dapat berlaku di mahkamah dan itulah harapan kita (dalam kes ini).
Terdahulu, SPRM mengesahkan bahawa Ismail Sabri yang sebelum ini merupakan saksi kini menjadi suspek di dalam kes rasuah dan pengubahan wang haram.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata ia susulan penemuan wang tunai kira-kira RM170 juta dalam sebuah ‘safehouse’ ketika serbuan dilakukan agensi itu.
The post “Saya Harap Ismail Sabri Dapat Keadilan Seperti Saya” – Zahid Hamidi first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments