Susulan kes penahanan seorang usahawan kosmetik yang disyaki terbabit dengan sindiket penyuludapan dadah bernilai hampir RM 5 juta, beberapa nama selebriti dan personaliti turut terkesan.
Contohnya, ada netizen telah ‘memetik’ nama Datuk Aliff Syukri, Dato Seri Vida , Alha Alfa malah Safiey Ilias.
Namun, tampil menafikan dakwaan penglibatan dalam kes berprofil tinggi itu, Alha Alfa memuat naik sebuah entri menyangkal pertuduhan sesetengah pihak terbabut.
Mengakui berasa agak huru hara dengan tuduhan itu, Alha meminta mereka di luar sana supaya berhenti menyebarkan fitnah dan berhenti menghubungi dirinya hanya semata-mata untuk bertanyakan mengenai kes ini.
View this post on Instagram
Selain itu, usahawan kosmetik lain yang turut tampil menafikan terlibat dalam kes itu adalah Safiey Ilias. Sama seperti Alha, dia memuat naik penjelasan menerusi satu entri di Instagram.
“Apa salah syinta?? Bukan kereta mustang ratu la yang kena sita sebab jual dadah tu. Korang ni lah, asyik mustang kena sita je, ratu kena. Haritu ratu dituduh scammer sebab keta mustang ratu kena site. Padahal bukan kereta ratu. Ni kes lain pulak,”
View this post on Instagram
Sekadar info, pada Selasa lalu pihak polis telah menahan lima orang termasuk seorang usahawan kosmetik selepas disyakit terlibat dengan sindiket penyeludupan dadah jenis methamphetamine menerusi dua serbuan di sekitar Seri Kembangan, Serdang, Selangor.
Hasil pemeriksaan mendapati 120 bungkusan teh cina mengandungi bahan disyaki dadah jenis itu dengan anggaran berat sebanyak 126.85 kilogram dan nilai rampasan dianggarkan bernilai RM 5 juta.
Kesemua suspek telah ditahan reman selama tujuh hari mulai 11 November hingga 17 November 2020 untuk siasatan.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments