Rasanya semua orang sedia tahu tahap obses penceramah bebas, PU Azman terhadap selebriti Korea iaitu aktor Lee Dong Wook.
Baru-baru ini, aktor terkenal kelahiran Korea itu telah menyambut hari jadinya yang ke-39 pada 6 November lalu. Tampil mengambil kesempatan, PU Azman dilihat telah memuat naik entri khas sempena hari kelahiran pelakon yang diminatinya itu.
View this post on InstagramSelamat hari lahir wook. ?? ?????! Saengil cuka hamnida. 6 November 1981. Moga Allah membimbingmu.
Advertisement
“Selamat hari lahir Wook. Saegil cuka hamnida. 6 November 1981, moga Allah membimbingmu.”
Meninjau ke ruangan komen, peminat yang mengikuti entri PU Azman atau lebih dikenali sebagai Cik Man itu rata-rata terhibur kerana dia sering memuat naik foto pelakon yang dikatakan mirip wajahnya itu.
Ada juga peminat yang memuji wajah kedua-dua mereka yang seiras dan turut sama-sama berdoa agar dikurniakan hidayah oleh Allah.
Terdahulu, PU Azman juga sering meninggalkan jejak komen pada setiap foto yang dimuat naik oleh aktor Korea tersebut sehinggalah ada peminat yang ‘perasan’ setiap kali aktiviti pendakwah santai itu di Instagram Lee Dong Wook.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments