Penyampai radio Suria Cinta, DJ Lin mempertahankan gelaran Penyampai Radio Popular untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) selama dua tahun berturut-turut.
DJ Lin yang berkhidmat untuk radio Suria FM itu memang diketahui ramai popular dengan segmen Suria Cinta dan telah menewaskan 19 pencalonan lain antaranya Haziq, Haiza, Shuk Sahar dan Jep Sepahtu.
Pemilik nama Roslinda Abdul Majid,44, memberitahu bahawa kemenangan yang diperolehinya pada malam itu adalah merupakan kerja keras daripada peminat-peminat yang mengundinya.
Dia dalam pada itu sempat memberikan tips dalam mengambil hati peminat dan cara untuk membuat dirinya dekat di hati peminat.
View this post on Instagram
“Saya mengikut apa yang di war-war kan dan sudah tentu saya selalu balas DM dan berinteraksi dengan peminat. Jadi kena ambil berat dan balas semua pesanan peminat dan ikhlas Insya-Allah peminat dapat rasa keikhlasan kita..”
DJ Lin menambah bahawa dia turut aktif di Facebook dan tidak hanya di Instagram. Sering ‘all out’ di semua platform media sosial, menjadi rahsia utama dia menjadi dekat dengan pendengar.
View this post on Instagram
Anugerah Penyampai Radio Popular ABPBH itu telah dibolot DJ Lin pertama kali pada edisi 2015, edisi ke-32 tahun lalu dan untuk kali ketiga pada edisi kali ini.
Tahniah diucapkan buat DJ Lin!
Sumber : mStar Online
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments