Cef selebriti terkenal dan juga penyanyi, Datuk Fazley Yaakob baru-baru ini ada membuka cerita mengenai pengalamannya bekerja sambil belajar ketika melanjutkan pelajaran di Wellington, New Zealand satu ketika dahulu.
Menganggap ianya sebagai sebuah pengalaman manis, Fazley memberitahu bahawa dia pernah bekerja sebagai tukang cuci demi mendapatkan wang saku tambahan ketika menuntut ilmu di Universiti Victoria, Wellington.
Selain tukang cuci, dia juga pernah menjadi penari kebudayaan apabila kurang duit belanja.
View this post on Instagram
Meskipun begitu, tidak ramai kenalan Datuk Fazley mengetahui mengenai pekerjaan sambilannya itu kerana bimbang rakan-rakan enggan bersalaman dengannya kerana sentiasa bergelumang dengan najis manusia.
Dia berkongsikan pengalaman tersebut menerusi akaun Instagramnnya, baru-baru ini.’
View this post on Instagram
“Maklumlah, bila orang mabuk, ada di antara mereka buang air atas lantai. Jadi tangan sayalah yang mengautnya untuk dimasukkan dalam mangkuk tandas. Ada yang panas, ada yang suam, ada yang keras, ada yang lembik, ada yang cair, ada yang berketul, semua saya dah pegang…”
Meninjau ruangan komen, rata-rata peminat memberikan pandangan bahawa tiada apa yang perlu dimalukan dengan pekerjaan tersebut meskipun bermain dengan najis.
Sekadar info, Datuk Fazley Yaakob merupakan seorang pemegang Ijazah Sarjana Muda Perdagangan dan Perniagaan di Universiti Victoria Wellington.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments