#Hiburan: Isteri Sertai Misi Bantuan Di Sabah, Nadzmi Adhwa Akui Bukan Senang Nak Jaga Anak Seorang Diri

Umum mengetahui, pelakon Ardell Aryanakini ke Sabah untuk menyertai misi bantuan buat penduduk di kawasan pendalaman di negeri berkenaan.

Susulan itu, suaminya,Nadzmi Adhwa dalam sebuah posting di Instagramnya dilihat seakan meluahkan isi hati di laman berkenaan.

Katanya, selama isterinya berangkat meninggalkan kediaman, beliau akui bukan mudah untuk menjaga anak tanpa bantuan isteri.

Katanya, menjaga anak perempuannya yang kini berusia enam bulan seorang diri membuatkan dirinya lebih menghargai pengorbanan seorang isteri dan juga ibu.

“Berpeluh peluh macam jogging nak bagi susu kat anak. Baru tahu bukan senang jaga anak ni. Selalu lepas kat isteri kita je. Betapa hebatnya pengorbanan seorang ibu dan isteri kita , tapi jangan lupa dasyatnya semangat seorang ayah.”

Bagaimanapun, Nadzmi itu juga turut menzahirkan ucapan positif kepada Ardell agar mengabaikan sahaja segala komen netizen yang mempertikaikan tindakannya menyertai misi berkenaan.

“Keep helping those people in needs. Jangan bersedih, tetap dengan niatmu walau apa dugaan melanda. Maafkan lisan mereka , mereka tidak tahu. Semoga Allah redha,”

Hal ini demikian kerana, beliau sendiri mengetahui akan niat sebenar isterinya ke sana, malah Nadzmi yang popular dengan sifat kasih sayangnya itu turut menegaskan bahawa beliau akan tetap berada di belakang isterinya dan menyokong sahaja segala tindakan murni wanita itu walau dalam apa jua keadaan sekalipun.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments