#Hiburan: Hidap Sakit Mata Kronik, Suhaimi Saad Tak Tolak Kemungkinan Kena Gangguan Ilmu Hitam

Semalam kecoh di media sosial apabila bekas penyanyi kumpulan In Team, Suhaimi Saad dilaporkan kini tidak sihat kerana mengalami sakit mata yang kronik.

Dia juga difahamkan terpaksa berjalan menggunakan tongkat gara-gara kesihatan mata yang semakin merudum. Dalam pada itu, Suhaimi Saad dilihat telah tampil berkongsi sedikit sebanyak mengenai keadannya kini menerusi sesi Instagram Live pada pagi Jumaat sebentar tadi.

Suhaimi menjelaskan bahawa dia tidak menolak kemungkinan bahawa sakit mata kronik yang dialaminya sejak setahun yang lalu merupakan gangguan ilmu hitam ataupun lebih dikenali dengan ‘buatan orang’.

Advertisement

Dia turut mengakui bahawa ada dalam kalangan perawat dan golongan ustaz yang khuatir mengenai keadaannya kini. Suami kepada penyanyi Ina Naim ini juga memberitahu bahawa dia kini berikhtiar menjalani rawatan fizikal dan rohani namun enggan mengulas lanjut mengenai kaedah yang dijalaninya.

View this post on Instagram

ss dan ina naim menerima sedikit sumbangan daripada wakil komuniti kubang kerian. #hajilib #fendikenali #dinmanja #kaknani

A post shared by Suhaimi Saad (@mosusofficial) on

“Kalau berjumpa doktor, mereka akan membuat imbasan berdasarkan fakta saintifik. Apabila saya merujuk ustaz dan perawat, memang ada kemungkinan berkaitan dengan unsur-unsur itu. Allahualam. Saya percaya dengan ilmu sihir dan santau tapi saya juga berikhtiar menjalani rawatan secara fizikal dan rohani. Saya juga percaya pada ubat-ubatan,”

Advertisement

Suhaimi yang sangat terkenal suatu ketika dahulu di kalangan warga maya kerana menolak vaksin dan mempercayai bahawa bumi itu sebenarnya rata enggan mengulas lanjut mengenai kaedah rawatan tradisional yang dilakukannya kerana khuatir ramai netizen yang akan mengecamnya jikalau tersalah kata dan penerangan.

View this post on Instagram

tanpa ombak kakulah lautan mulia cinta dek pengorbanan kan ku jaga kan ku bertahan untukmu

A post shared by Suhaimi Saad (@mosusofficial) on

Menjelaskan secara terperinci mengenai keadaannya kini, Suhaimi berkata bahawa penglihatannya semakin kabur, kelabu dan silau sehinggakan membataskan pergerakan sehariannya. Namun begitu, kehadiran ahli keluarga terutamanya isterinya Ina Naim yang sentiasa membantu mengurangkan beban dalam menjalani aktiviti serta tugas harian.

View this post on Instagram

salam kemerdekaan

Advertisement

A post shared by Suhaimi Saad (@mosusofficial) on

Dia dalam sesi siaran langsung itu turut memberitahu bahawa pernah mencuba untuk mendapatkan rawatan lasik namun terpaksa menangguhkan hasrat itu kerana kos yang terlalu tinggi iaitu mencecah RM8,000 hingga RM12,000.

Sesi Instagram Live itu turut dihujani dengan pelbagai soalan dari netizen dan peminat turut tampil mendoakan kesejahteraan dan kesihatan penyanyi tersebut.

Sumber : Astro Gempak


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments