Penyanyi rock lagenda, Datuk Awie baru-baru ini mengumumkan berita gembira apabila dia dan isteri bakal menimang cahaya mata ke-enam pada tahun hadapan.
Datuk Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman,52, berkata penantian mereka selama empat tahun menjadi kenyataan apabila isterinya, Sharifah Ladyana Syed Samsuddin,33, kini sarat hamil tujuh bulan.
Dia yang ditemui media turut memberitahu bahawa keadaan isteri dan kandungan kini berada dalam keadaan baik dan sihat-sihat sahaja.
“Alhamdullilah, setakat ini semuanya berada dalam keadaan baik. Ibu dan baby juga sihat-sihat sahaja. Tak ada apa yang ingin saya katakan, hanya mohon doa agar semuanya dipermudahkan urusan,”
Menurut vokalis kumpulan Wings ini, mengikut jangkaan doktor anak sulung hasil perkahwinan ketiganya itu bakal dilahirkan pada tahun hadapan jika tiada aral yang melintang.
Berita tersebut juga telah dikongsikan sendiri oleh isterinya menerusi laman sosial Instagram pada malam Rabu yang lalu.
Sekadar info, Awie dan Sharifah Ladyana telah mendirikan rumah tangga pada 7 Oktober 2016 yang lalu di Songkhla, Thailand. Datuk Awie juga memiliki lima orang anak hasil perkahwinan sebelum ini bersama penyanyi dan pelakon Arni Nazira dan Rozana Misbun.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments