Isteri kepada Datuk Dr. Sheikh Muszaphar, Datin Dr. Halina yang kini sarat hamil anak kembar terpaksa ditahan di wad sebuah hospital untuk dipantau secara rapi berikutan bacaan tekanan darah dan gulanya yang tidak stabil.
Difahamkan kandungan Dr. Halina kini sudah mencecah 34 minggu dan hamil anak kembar buat kali yang kedua.
Berita tersebut diberitahu sendiri oleh Dr. Sheikh Muszaphar menerusi ruangan Instagramnnya yang turut memaklumkan badan isterinya itu mengalami masalah bengkak kerana hormon yang tidak stabil.
Dalam video pendek itu, Sheikh Muszaphar dan isterinya dilihat sedang menjalani prosedur saringan COVID-19 yang telah menjadi syarat wajib sebelum dimasukkan ke wad.
Angkasawan pertama negara itu turut menitipkan doa buat isteri tersayang supaya sentiasa bertabah dan memohon doa orang ramai agar urusan dia dan isteri dipermudahkan hendaknya.
Mengimbas kembali, Dr. Sheikh Muszaphar dan Dr. Halina telah mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010 dan telah dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha dan kembar lelaki, Sheikh Adam dan Sheikh Noah.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments