#Hiburan: Alami Sesak Nafas, Datuk M. Daud Kilau Kini Dimasukkan Ke Hospital

Mengalami sesak nafas dipercayai berkaitan dengan masalah jantung, penyanyi veteran, Datuk M. Daud Kilau, dimasukkan ke Hospital Teluk Intan, Perak semalam.

Menurut laporan Gempak, isteri Datin Rohani Awang Ngah memaklumkan, beliau mula mengalami sesak nafas pada Rabu lalu.

Melihat keadaannya yang semakin teruk, Rohani khabarnya terus bertindak membawanya ke hospital dan kemudiannya beliau ditahan di wad untuk rawatan susulan.

Selain pihak hospital menyeru supaya suaminya berehat dalam wad untuk beberapa hari bagi tujuan pemantauan, M. Daud Kilau juga dikatakan mengalami masalah paru-paru berair.

“Setakat ini beliau stabil dan doktor sedang merawat dengan memberi ubat untuk kurangkan air. Datuk juga ada masalah jantung. Sejak semalam saya lah yang menjaganya, tidur di hospital. Tapi Alhamdulillah bila lihat perkembangannya, makin baik.”

Dalam pada itu, Rohani juga tidak terlepas menyeru orang ramai menitip doa kepada penyanyi lagu Cek Mek Molek itu agar kondusi kesihatannya beransur pulih dan sembuh seperti sedia kala.

“Buat peminat semua doakan supaya Datuk cepat sembuh.”

Untuk rekod, penyanyi veteran itu sebelum ini juga dilaporkan pernah dikejarkan ke hospital beberapa kali susulan masalah kesihatan yang dialaminya.

Sumber: Gempak


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments