#Hiburan: Akui Memang Layak Dikecam, Seorang Lagi Peserta Vokal Mania, Aufahanie Dihentam Netizen

Selepas persembahan Nuha Bahrin menerusi lagu Kekasih Awal Dan Akhir di dalam program Vokal Mania dihentam netizen kerana terlalu “over” dalam persembahan sehingga menyebabkan lagu tersebut hancur dibuatnya. Namun, kecaman netizen tidak terhenti di situ sahaja.

Seorang lagi rookie Vokal Mania iaitu Aufahanie turut tidak terlepas menerima tempias yang sama.

Advertisement

Hal ini kerana, menerusi nyanyian duet lagu Semua Jadi Satu bersama penyanyi serba boleh Indah Ruhaila, Aufahanie dilihat gagal menyanyikan lagu tersebut dengan baik sehingga kedengaran sumbang di beberapa bahagian.

Menurut laporan Media Hiburan, Aufahanie dilihat tampil mengaku akan kesilapannya ketika berduet bersama Idol tersebut.

“Sejujurnya saya mengakui persembahan malam itu tidak menyakinkan, sememangnya layak dikecam. Saya akui kesilapan. Bagaimanapun sejujurnya saya berdepan masalah ‘stage fright’ memandangkan saya tak pernah membuat persembahan nyanyian secara langsung di kaca televisyen.”

Beliau yang baru berusia 17 tahun itu memaklumkan, dirinya menghadapi masalah teknikal sewaktu melakukan persembahan duet.

Advertisement

“Kalau nak ikutkan ketika latihan, semuanya berjalan dengan lancar dan tiada masalah teknikal. Cuma ketika siaran langsung, saya hadapi masalah teknikal dan seterusnya menganggu. Kita tak boleh sangka apa yang berlaku, tambah lagi saya kurang arif untuk mengawal keadaan sekiranya berdepan dengan situasi demikian.”

Namun begitu, beliau dilihat profesional kerana menganggap segala yang menimpa dirinya akan dijadikan sebagai satu pengalaman.

Malah, mendedahkan dirinya akan tetap positif memperbanyakkan latihan terutamanya dari segi vokal nyanyian selepas ini.

Sumber: Media Hiburan 


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments