Sekalung ucapan tahniah diucapkan buat pasangan sensasi, Ayda Jebat dan Nabil Mahir yang telah mengumumkan secara rasmi tarikh pernikahan mereka yang bakal berlangsung pada 1 Januari 2021 nanti.
Difahamkan berita gembira tersebut telah dikongsi pasangan ini menerusi episod pertama #BilAydaJatuhCinta menerusi saluran Youtube Wuvv Show, semalam.
Kedua pasangan ini turut menceritakan kisah-kisah ketika di fasa awal perkenalan sehinggalah kini di samping berkongsi detik bakal bergelar raja sehari.
“Dia memang tak ingat langsung mengenai tarikh.Sebab itulah tarikh untuk kahwin pun dia (Ayda) pilih tarikh yang sangat senang untuk ingat. Ini adalah pengumuman untuk majlis perkahwinan kami, 1 Januari 2021..”
Dalam sesi temubual serba santai itu, pasangan merpati dua sejoli ini turut dihujani ucapan tahniah daripada peminat serta rakan artis yang sebelum ini rancak berteka-teki mengenai tarikh sebenar mereka akan berkahwin.
Dalam pada itu, Nabil dan Ayda turut memohon doa daripada peminat agar dipermudahkan urusan mereka berdua dalam usaha mendirikan masjid.
Tahniah diucapkan buat Nabil Mahir dan Ayda Jebat!
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments