Anak tunggal Datuk Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa sebagai Tok ti, Siti Aafiyah dilaporkan telah dimasukkan ke wad di sebuah pusat perubatan telah mencetuskan tanda tanya di kalangan peminat.
Sehubungan dengan itu, netizen terutamanya peminat setia Tok Ti meluahkan rasa bimbang atas keadaan anak penyanyi tersohor Malaysia itu.
Meskipun tidak memberitahu secara lanjut mengenai tahap kesihatan Siti Aafiyah, Tok Ti tampil menjelaskan bahawa anaknya itu kini sedang berada dalam keadaan baik, sihat dan aktif seperti sedia kala.
Perkembangan terkini itu dikongsikan penyanyi terkenal itu menerusi akaun Instagram miliknya baru-baru ini.
Dia dilhat turut mengucapkan terima kasih buat peminat yang bertanya khabar Siti Aafiyah dan tidak kurang yang mendoakan kesejahteraan dan kesihatan anak kesayangannya itu.
Siti Aafiyah yang kini berusia dua tahun merupakan anak hasil perkahwinan Datuk Siti Nurhaliza bersama Datuk Khalid Mohamad Jiwa.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments