#Hiburan: “Masih Teringat Jeritan Mummy Di Rumah Itu” – Anak Sharifah Aini Maklum Hasil Jualan Rumah Telah Selesai Difaraidkan Kepada Yang Berhak

Editor Suria FM, Roslen Fadzil berkongsi cerita mengenai isu penjualan rumah Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini ketika dia bertemu anak tunggal biduanita itu iaitu Aliff Omar Ali baru-baru ini.

Roslen yang juga rakan baik kepada arwah Sharifah Aini berkata harta peninggalan arwah itu sebenarnya dinilai lebih rendah dari jumlah yang didakwa iaitu RM4 juta.

Advertisement

Hasil penjualan kediaman itu juga telah diagihkan secara faraid kepada yang berhak kerana Aliff bukanlah pewaris tunggal harta tersebut.

Selain Aliff, waris lain adalah ibu Allahyarham Sharifah Aini iaitu Sharifah Noor Syed Ahmah yang ketika itu masih hidup.

Kata Roslen lagi, Aliff sedar mengenai kekecewaan orang ramai apabila mengetahui kediaman itu telah dirobohkan namun dia mengambil keputusan itu bagi meneruskan kehidupan selain menguruskan harta peninggalan ibunya mengikut syariat Islam.

Rumah Datuk Sharifah Aini

Memang Aliff sayangkan rumah itu kerana ada banyak kenangan manis bahkan dia menyatakan masih teringat jeritan mummy memintanya membantu mengemas rumah.

Cuma selepas pemergian ibunya, dia merasakan tidak lagi sesuai untuk tinggal di sana bersama isteri dan anak-anak mereka. Sebab itu dia ambil keputusan lepaskan.

Aliff juga sedia maklum mengenai permintaan sesetengah pihak untuk menjadikan rumah itu sebagai galeri memandangnkan banyak memori serta anugerah arwah masih tersimpan kemas.

Rumah Datuk Sharifah AiniSumber : MalayMail  

Kata Aliff tiada wakil mana-mana agensi yang datang sampailah lot hartanah itu kini bertukar tangan.

Kos penyelenggaraan rumah pula sangat tinggi. Itu antara sebab perlu dijual cuma Aliff kurang selesa untuk berkongsi harga sebenar jualan.

Sekadar info, anak tunggal biduanita Sharifah Aini, Aliff Omar Ali mendirikan rumah tangga bersama doktor gigi, Sharifah Nur Athirah Syed Azmi. Mereka juga mempunyai tiga orang cahaya mata sepanjang perkahwinan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Anak Sharifah Aini perjelas isu roboh rumah
3 days ago

"Saya Rasa Ia Keputusan Yang Tepat" - Anak Biduanita Sharifah Aini Tampil Perjelas Isu Jual Rumah Di Petaling Jaya

The post “Masih Teringat Jeritan Mummy Di Rumah Itu” – Anak Sharifah Aini Maklum Hasil Jualan Rumah Telah Selesai Difaraidkan Kepada Yang Berhak first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments