Pelakon Mas Khan berang selepas seorang individu melemparkan tuduhan mengatakan dia pernah memukul bekas kekasihnya. Difahamkan, komen tersebut ditulis di ruangan komen hantaran portal media hiburan terkenal yang berkongsi tentang berita pertunangan Mas Khan baru-baru ini.
Menerusi Instagram, aktor itu berkata apa yang dikatakan lelaki itu adalah fitnah serta turut berkata dia tidak pernah ‘mengangkat tangan’ terhadap mana-mana wanita.
Malah katanya, selama ini dia tidak terkesan dan tidak kisah dengan kritikan dilontarkan terhadapnya namun kali ini ia melampau kerana membabitkan maruah.
Aku paling tak ambil kisah bila netizen fitnah tapi kali ni dah melampau. Kau boleh tanya bekas kekasih aku, pernah ke aku angkat tangan? Bapa aku tak pernah ajar aku pukul perempuan. Memang melampau.
Lelaki yang sama itu juga turut mendakwa Mas Khan pernah mencuri duit penerbit dan pengarah wanita, A. Aida.
Dalam pada itu, Mas Khan juga meminta lelaki terbabit bersedia untuk mengupah peguam kerana dia bakal mengambil tindakan undang-undang.
Aku ada semua bukti komen yang pernah komen buruk. Semua screenshoot korang dah ada. Ini fasa maruah, kau tunggu. Kau sabar, aku kena ajar orang yang siber buli macam ini.
The post Mas Khan Berang Dituduh ‘Angkat Tangan’ Dekat ‘Ex GF’, Rembat Duit A Aida – “Bapa Aku Tak Pernah Ajar Aku Pukul Perempuan” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments