Berita tentang Dr Jezamine Lim, isteri kepada pelawak Harith Iskander hadir ke mahkamah untuk memfailkan perceraian mengejutkan industri hiburan dan menjadi bualan hangat di media sosial.
Menerusi temu bual eksklusif, Harith dan Dr Jezamine akhirnya berkongsi tentang apa yang berlaku sehingga menyebabkan keretakan rumah tangga mereka.
Meskipun bercerita tidak terlalu terperinci namun Harith mengakui kesilapannya adalah punca isterinya memfailkan perceraian sebelum ini.
Bukan keputusan mendadak
Katanya lagi, proses perceraian itu tidak berlaku secara mendadak sebaliknya sudah lama berlarutan sejak beberapa tahun lalu dan ia juga merupakan persetujuan bersama.
Ada fasa hubungan kami ‘dingin’ sebab hal yang tidak sepatutnya saya lakukan. Saya buat hal dan buat banyak kesilapan. Jezamine sangat mengagumkan kerana memaafkan saya.
Taknak cerita lebih, anak akan tonton
Harith juga berkata mereka akan menjaga hubungan dan kekal sebagai kawan baik meskipun sudah bercerai namun tidak mahu berkongsi dengan lebih terperinci kerana tahu anak-anak mereka akan menonton video itu.
Tambahnya, Dr Jezamine berusaha untuk mempertahankan rumah tangga dan mereka juga sudah melalukan beberapa hal untuk menyelamatkan perkahwinan seperti hadir kaunseling dan bercakap dengan kawan-kawan.
Pada satu tahap, saya sedar kami lebih selesa berkawan baik dan enggan rosakkan hubungan tersebut.. Saya tak mahu mencari alasan dan saya telah buat perkara bodoh sebagaimana ramai lelaki lain lakukan. Saya tak mahu kongsi kerana kami ada tiga anak dan pasti akan tonton ini.
The post “Saya Buat Hal, Buat Benda Bod*h” – Sepakat Untuk Cerai, Harith Iskander Akui Dirinya Punca Keretakan Rumah Tangga first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments