#Hiburan: “Kau Dah Malukan Ibu Anak Kau, Boikot Je La” – Andika Putera Buat Permohonan Maaf Isu Rumah Tangga Bersama Bekas Isteri

Pensohor media sosial, Andika Putera tampil membuat permohonan maaf secara terbuka setelah isu kekecohan berkenaan rumah tangganya bersama bekas isteri, Ananda Natasha tersebar di media sosial.

Dia membuat permohonan maaf itu menerusi satu hantaran di TikTok dan Instagram, semalam.

Advertisement

Dalam hantaran itu, Andika memohon maaf jika isu tersebut telah menimbulkan reaksi negatif daripada orang ramai.

Saya ingin memohon maaf atas segala khilaf saya, atas segala isu keluarga saya yang telah disensasikan oleh  semua orang.

Saya juga ingin memohon maaf secara ikhlas di mana saya sebagai mentor dan public figure di media sosial yang menjadi tatapan semua orang.

Lelaki itu juga memaklumkan bahawa dia mahu mencari jalan penyelasaian secara baik dan telah melantik peguam untuk menguruskan hal tersebut.

Sekali lagi saya ingin memohon maaf seikhlas hati saya. Saya harap semua orang boleh terima permohonan maaf saya ini.

Saya harap semua orang boleh terima penjelasan ini dan saya ingin memohon maaf sekali lagi. Insya-Allah kita serahkan kepada pihak mahkamah yang mulia.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tetap meninggalkan komen negatif meskipun dia telah memohon maaf.

Bukan minta maaf dengan netizen. Minta maaf dengan tasha, dengan ibu anak kau.

Sebelum ini, bekas isteri Andika, Ananda mendakwa bekas suaminya itu telah berlaku curang bersama rakan dan pekerjanya.

Andika walau bagaimanapun menafikan dakwaan itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

andika putera ugut nak sebar video bersama
1 day ago

Andika Putera Ugut Bekas Isteri Nak Sebar Video 'Bersama' - "Nampak Muka U Je, I Tak Nampak"

The post “Kau Dah Malukan Ibu Anak Kau, Boikot Je La” – Andika Putera Buat Permohonan Maaf Isu Rumah Tangga Bersama Bekas Isteri first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments