#Hiburan: Bayar Wang Jaminan RM200K, Suami Isteri ‘Influencer’ Didakwa Seleweng Dana Derma Awam Dibebaskan

Difahamkan, suami isteri pempengaruh serta dua orang lagi individu yang telah direman oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak 11 Julai lalu telah pun dibebaskan.

Melalui laporan Sinar Harian, kesemua suspek terlibat diarah untuk bayar wang jaminan sebanyak RM100,000 setiap seorang dengan RM20,000 perlu dibayar secara tunai dan baki RM80,000 tanpa cagaran masing-masing dengan seorang penjamin.

Advertisement

Pasangan influencer seleweng dana derma

Kesemua suspek juga perlu hadir ke pejabat SPRM sebulan sekali untuk melaporkan diri dan sekiranya diperlukan oleh pihak SPRM sehingga siasatan selesai.

Sebelum ini, pihak SPRM telah menahan empat individu selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya kerana didakwa telah menyeleweng dana derma awam.

Melalui pendedahan sumber, pasangan influencer itu didakwa telah menyeleweng dana derma awam sejak tahun 2020 dan mengguna saluran dengan kaedah tidak betul.

aisyah hijanah alif teega
2 days ago

Pasangan 'Influencer' Didakwa Seleweng Dana Derma Awam: 20 Akaun Lebih RM740K Dibeku Oleh SPRM

The post Bayar Wang Jaminan RM200K, Suami Isteri ‘Influencer’ Didakwa Seleweng Dana Derma Awam Dibebaskan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments