#Hiburan: Siti Nurhaliza Bakal Taja Suami Isteri Yang Belum Mendapat Zuriat Rawatan IVF Menerusi Yayasan Nurjiwa

Penyanyi tersohor negara, Dato Seri Siti Nurhaliza menerusi satu hantaran TikTok yayasan di bawah anjurannya iaitu @nurjiwafoundation ada memaklumkan satu berita gembira.

Difahamkan, Siti bakal menaja tiga pasangan suami isteri bertuah untuk menjalani rawatan IVF bagi mendapatkan zuriat.

Advertisement

Rawatan IVF itu dilaporkan dilakukan di pusat perubatan AlHaya di mana pihak mereka telah memilih senarai pendek pemohon seramai 20 pasangan dan akan ditapis berdasarkan keputusan ujian yang tinggi keberangkalian mendapatkan zuriat sebanyak 3 pasangan.

Menjengah ke ruangan komen, netizen terutamanya peminat penyanyi lagu malar segar Kau Kekasihku itu memuji usahasama yang dibuat kerana ia mungkin memberi sinar dalam kehidupan pasangan yang belum dikurniakan zuriat.

Netizen juga mendoakan agar Siti Nurhaliza dipermudahkan rezeki serta dapat membantu lebih lagi di masa akan datang.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Syamsul yusof melawat kebun durian
20 hours ago

Syamsul Yusof Riang Melawat Dusun Durian, Netizen Nasihat Agar Balik Jumpa Datin Patimah & Datuk Yusof Haslam

The post Siti Nurhaliza Bakal Taja Suami Isteri Yang Belum Mendapat Zuriat Rawatan IVF Menerusi Yayasan Nurjiwa first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments