#Hiburan: “Tekap Seterika Di Kemaluan, Tu Saya Tak Boleh Terima” – Ibu Zulfarhan Anggap Pembuli Memang Patut Dihukum Mati

Baru-baru ini, ibu kepada Allahyarham Zulfarhan iaitu Hawa Osman meluahkan rasa kesal terhadap perbuatan keenam-enam pembuli yang menjadi punca kematian anak lelakinya itu.

Melalui sesi temubual bersama pihak Mingguan Wanita, Hawa berkata pelaku-pelaku itu sememangnya perlu dihukum gantung sampai mati kerana perbuatan yang dilakukan terlalu kejam dan melampaui batas.

Advertisement

Beri kesan kepada anak-anak lain

Dalam pada masa yang sama, wanita itu memaklumkan kematian Zulfarhan turut memberi impak kepada anak-anaknya yang lain.

Keputusan tempoh hari membawa ketenangan kepada diri saya tapi saya mahukan mereka berenam dijatuhkan hukuman mati baru hidup saya tenang.

Watch on TikTok

Hawa juga tidak dapat menerima perbuatan kejam mereka yang sanggup menekap seterika panas di kemaluan anak lelakinya.

Tak boleh terima kemaluan arwah diseterika

Tekap seterika di kemaluan arwah, itu yang saya tak boleh terima. Dekat anggota tubuh yang lain tak apa tapi bila kemaluan..ia seolah-olah seperti nyawa seseorang.

Bahkan, Hawa juga berasa sedih ketika melihat jenazah arwah yang mengalami kecederaan terlalu teruk.

Masa saya tengok jenazah, yang saya hanya nampak hanya kesan parut luka di kening. Ya Allah ya tuhanku, masa aku lahirkan anak aku dia dalam keadaan sempurna.

Ibu Zulfarhan harap bomoh terima balasan
1 day ago

"Saya Berdoa Dia Terima Balasan" - Ibu Zulfarhan Harap Bomoh Terlibat Sempat Bertaubat, Datang Mohon Maaf

The post “Tekap Seterika Di Kemaluan, Tu Saya Tak Boleh Terima” – Ibu Zulfarhan Anggap Pembuli Memang Patut Dihukum Mati first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments