#Hiburan: Bawa Minyak Angin Ke Mana-Mana, Tak Boleh Bau ‘Perfume’, Marissa Dania Hamil? – “Duduk Pun Nampak Baby Bump”

Anak kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania sering menjadi tumpuan dan perhatian warganet di media sosial lebih-lebih lagi sejak dia mendirikan rumah tangga bersama Aslam.

Terbaru, hantaran dimuat naik Marissa Dania mendapat perhatian warganet di TikTok selepas dia berkongsi video tentang apa yang dibawanya di beg tangan atau ‘what’s in my bag’.

Advertisement

Antara barang yang dibawanya di dalam beg tangan adalah kamera, minyak wangi, bedak, vitamin, jamu, pelitup muka dan pin tudung.

Namun apa yang menjadi bualan adalah apa yang dikatakan Marissa ketika sedang bercakap tentang minyak wangi.

Dalam banyak banyak perfume I boleh pakai satu ni je sebab I tak boleh bau perfume lain.

@marissadaniahakim_ Highlight of the day @Hq maajun nenda homemade ♬ original sound – marissadania

Kata-katanya itu membuatkan netizen spekulasi bahawa Marissa kini sedang berbadan dua malah ada yang mendakwa nampak ‘baby bump’ isteri Aslam itu.

Beberapa wanita pula sempat menasihat Marissa untuk tidak memakan jamu kerana akan memberi kesan terhadap badan apatah lagi dimakan pada usia muda.

komen marissa dania hamil

marissa dania baby bump
6 days ago

"Ada Isi Ke Tu.." - Macam Ada 'Baby Bump', Netizen Dakwa Marissa Dania Kini Hamil?

The post Bawa Minyak Angin Ke Mana-Mana, Tak Boleh Bau ‘Perfume’, Marissa Dania Hamil? – “Duduk Pun Nampak Baby Bump” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments