#Hiburan: “Masih Perlu Masa Untuk Gerakkan Badan” – Lima Hari Ditidurkan, Wanita Dihempap Balak Kini Sudah Boleh Bercakap

Sedia maklum, wanita yang dihempap balak sewaktu berhenti di kawasan lampu isyarat di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang, Kuala Krai sebelum ini ditidurkan akibat cedera parah.

Perkembangan positif

Difahamkan kini, wanita bernama Siti Norelyana Kamarulzaman itu sudah sedar dan berita tersebut disampaikan oleh tunangnya, Nik Amnan Arif Nik Anuwar.

Advertisement

Kata Nik Amnan, tunangnya sudah sedar pada 14 Julai lalu serta menunjukkan perkembangan positif seperti boleh bercakap tetapi masih perlukan masa untuk menggerakkan anggota badan.

Wanita dihempap kayu balak

Perlu berhati-hati

Pergerakan perlu dilakukan dengan perlahan-lahan dan berhati-hati.

Siti Norelyana dikatakan berada di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ), Kota Bharu bagi menerima rawatan lanjut.

Wanita dihempap kayu balak

Sebelum ini, wanita tersebut telah dihempap balak hingga menyebabkan dirinya alami patah di bahagian tulang punggung dan rusuk, selain alami kecederaan serius di hati, limpa, hempedu serta usus.

17 hours ago

“Sebenarnya Saya Sepatutnya Pergi Bertugas MH370” - Kisah Dikongsi Bekas Pramugara Ini Buat Ramai ‘Meremang’

The post “Masih Perlu Masa Untuk Gerakkan Badan” – Lima Hari Ditidurkan, Wanita Dihempap Balak Kini Sudah Boleh Bercakap first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments