Kini, banyak restoran dan kedai makan menggunakan kod QR untuk pelanggan membuat pesanan dengan alasan lebih mudah dan praktikal.
Individu kesal dihalang guna wifi restoran
Namun, buat yang pelanggan yang tiada data internet dan hanya bergantung kepada WiFi, perkara ini pastinya menyusahkan mereka.
Seperti yang dihadapi Zeeda Aziz ini, dia tidak dapat memesan makanan menggunakan kod QR itu kerana capaian internetnya yang tak elok di kawasan berkenaan.
Malam tadi, hampir saya tinggalkan kedai makan ini sebabnya saya tak dapat buka link daripada kod QR.
Kepada pemilik kedai makan yang menyediakan kod QR untuk pelanggan membuat pesanan, ingin saya nasihatkan sediakanlah password WiFi.
Katanya nak guna Wifi, order dulu. Fuh, dia ingat kita datang semata-mata nak lepak guna Wifi ke apa?
Jangan guna QR Code jika letak banyak syarat
Berikutan itu, Zeeda tampil menyampaikan pesanan buat pengusaha restoran di luar sana mewakili para pelanggan yang mungkin menghadapi isu yang sama.
Kalau tak nak bagi pelanggan guna WiFi, janganlah pakai kod QR tu. Ambil pesanan secara manual.
“Datang ke meja, ambil pesanan atau letak kertas pesanan, pensel dan menu. Nanti dah siap tanda, boleh ambil kertas tu.” ujarnya lagi.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Ambil ‘Order’ Secara Manual Kalau Tak Bagi Pakai WiFi Di Restoran”- Pelanggan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments