Kalau anda single tidak kira lelaki mahu pun wanita bolehlah ke gerai durian ini untuk dapatkannya secara percuma.
Tular perkongsian seorang wanita baru-baru ini di platform TikTok ketika dia mengunjungi sebuah gerai menjual durian di Seberang Takir, Terengganu.
Ketika sedang memilih matanya terlihat pada tanda nama jenis durian yang ada tertulis nota berbunyi,
Kalau single dapat free.
Dia dan rakannya kemudian bertanya kepada sekumpulan lelaki yang mengusahakan gerai itu untuk kepastian dan mereka kemudian menjawab apa yang tertera itu benar.
Betul (dapat percuma), kena datang seorang diri,” kata salah seorang peniaga itu.
@echa_achaaKorang yang single cepat pegi claim durian free ok !♬ original sound – Echaaaaaaaaaaaaaa
Abang durian cari jodoh ke?
Hantaran itu mendapat perhatian warganet yang tertarik dengan promosi peniaga tersebut dan ramai yang bertanya tentang lokasi tepat gerai tersebut kerana mahu ‘claim’ durian percuma mereka.
Ada yang berseloroh dan berkata ini adalah kali pertama dalam hidup mereka sebagai seorang yang bujang terasa diri dihargai.
Seorang individu pula berkata ia mungkin taktik digunakan peniaga durian yang mungkin mencuba nasib untuk mencari jodoh mereka. Sambil menyelam minum air bak kata peribahasa.
The post Anda ‘Single’? Bolehlah Ke Gerai Ini Untuk ‘Claim’ Durian Percuma! – “First Time Orang Single Dihargai…” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments