Melalui platform X, baru-baru ini, tular satu ciapan seorang individu yang mempersoalkan tindakan pendakwah bebas dikenali ramai iaitu Ustazah Asma’ Harun menjual produk wangian keluarannya.
Kata individu tersebut, sebelum ini Ustazah Asma’ pernah mengeluarkan kenyataan bahawa haram buat wanita memakai sebarangan wangian.
Dalam keadaan mahu solat, pahala jika memakai wangian tetapi haram jika memakai di luar hingga orang lain bau wangian tersebut.
Pandai Asma Harun ini berniaga. Dulu dia kata wanita haram pakai minyak wangi bila keluar rumah.
Sekarang dia pula berniaga minyak wangi tapi dia cakap minyak wanginya untuk tingkat daya fokus dan halau gangguan . https://t.co/URvV9nVRwd pic.twitter.com/WbXy7huBgF
— Roman Akramovich (@SyedAkramin) July 2, 2024
Bagaimanapun, hal yang membuat individu itu persoal tindakan pendakwah itu kerana kini dia pula yang menjual barangan wangian.
Menurut Ustazah Asma’, wangian yang dijual olehnya bagi meningkat daya fokus dan halau gangguan.
Susulan itu, ramai netizen yang mengungkit kembali ceramah yang pernah dikongsikan olehnya mengenai haram memakai wangian.
The post “Dulu Kata Haram Pakai, Sekarang Berniaga Pula” – Kini Jual Barang Wangian, Netizen Ungkit Ceramah Lama Ustazah Asma’ Harun first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments