#Hiburan: “Kami Trauma 1 Malaysia Kenal” – Abang Mangsa Dedah Keluarga Suspek Bunuh Isteri Minta Padam Poster Muka Sebab Nak Buat Majlis Kahwin

Sedia maklum, kes suami serah diri di balai polis selepas bunuh isteri sendiri di sebuah hotel atas alasan berang si isteri meminta fasakh sememangnya menjadi perhatian ramai.

Keluarga pembunuh suruh padam poster muka

Terbaru, melalui laman TikTok, satu akaun yang bernama @iamsyiran yang dipercayai merupakan abang kepada mangsa tampil meluahkan rasa kesal terhadap keluarga pembunuh.

Advertisement

status abang mangsa dibunuh di hotel

Luah abang mangsa, keluarga pembunuh bersungguh-sungguh menghubungi mereka agar memadam wajah sebenar pembunuh dari laman media sosial kerana mahu membuat majlis perkahwinan.

Lagi yang membuat lelaki itu berang kerana sewaktu adiknya meminta pertolongan kepada keluarga si pembunuh, tiada seorang pun yang memberi respon atau menolong.

status abang mangsa dibunuh di hotel

Nak buat majlis kahwin

Sekarang nak kahwinkan keturunan kau boleh pula kau contact mak aku suruh adik-adik aku padam posting muka pembunuh? Alasan 1 Malaysia kenal kami trauma? Pergi mampos!

Dalam pada itu, sewaktu salah seorang netizen bertanya mengenai wajah tenang si pembunuh, abang mangsa memberitahu pelaku mengakui tidak menyesal dan berkata sudah hantar mangsa ke Syurga.

komen

Sekadar info, suspek yang bernama Hairil Anaas didakwa atas tuduhan membunuh isteri, Nisya Syahkila Shaharun, 32, di sebuah hotel terletak di Batu Gajah, jam 7.30 pagi hingga 2 petang, 20 Jun lalu.

1 week ago

Wanita Maut Dibunuh Suami Diugut Sejak Tahun Lalu, Pernah Lapor Polis Beberapa Kali - “Arwah Pernah Cakap Dia Takut Akan Mati Dibunuh…”

The post “Kami Trauma 1 Malaysia Kenal” – Abang Mangsa Dedah Keluarga Suspek Bunuh Isteri Minta Padam Poster Muka Sebab Nak Buat Majlis Kahwin first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments