Pelakon dan penyanyi, Fattah Amin memaklumkan dua individu paling penting dalam hidupnya pada ketika ini ialah isteri, pelakon Nur Fazura dan anak mereka, Fatima.
Meskipun sibuk dengan aktiviti seni, Fattah berkata dia sentiasa mengutamakan mereka berdua dan meletakkan foto Fazura dan Fatima sebagai ‘wallpaper’ telefon bimbit miliknya membuatkan dia berasa dekat dengan kesayangannya itu.
Keluarga adalah nombor satu bagi saya dan ke mana-mana ini adalah wallpaper saya. Gambar Fatima dan ibu dia. Gambar ini sudah lam sejak Fatima berumur 2 tahun. Saya tak pernah tukar. Bila ada penggambaran inilah jadi peneman kita selalu tengok telefon.
Tambah Fattah lagi, dia dan Fazura akan tetap meluangkan masa bersama-sama meskipun sibuk dengan urusan masing-masing.
@pama.my Our family is always our top priority kan ? #fattahamin #anak #keluarga
Kalau masing-masing sibuk kami akan mencari masa untuk makan sekali dan melayan Fatima.
Sibuk macam mana sekali pun akan cari mangsa untuk lakukan bersama kerana ia boleh eratkan lagi hubungan keluarga.
Sekadar info, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya, 3 tahun.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Saya Tidak Pernah Tukar Sejak Fatima Usia 2 Tahun” – Fattah Amin Tayang Foto Fazura Dan Anak Perempuan, Jadikan ‘Wallpaper’ Telefon Bimbit first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments