Susulan pelakon, Puteri Sarah memenangi anugera khas ikon ibu tunggal, ramai rupanya tidak berpuas hati dengan kemenangan tersebut.
Tak layak menang anugerah ikon ibu tunggal
Kebanyakkan warganet mempertikaikan anugerah yang diberikan kepada PS dan sekaligus, ramai merasakan pelakon, Rita Rudaini lebih layak untuk menerima anugerah terbabit.
Ia kerana, netizen anggap perjalanan hidup Rita sebagai ibu tunggal membesarkan dua orang anak selama bertahun-tahun lebih hebat jika hendak dibandingkan dengan Puteri Sarah.
Rezeki Puteri Sarah
Namun begitu, biarpun ramai yang pertikai, ada juga beberapa netizen yang meninggalkan respon positif serta menyifatkan kemenangan ini adalah rezeki pelakon drama Andai Itu Takdirnya.
Untuk info ramai, Puteri Sarah mendapat pengiktirafan apabila dia diberikan anugerah khas pada Majlis Pelancaran Dan Malam Anugerah MommyHana yang berlangsung, baru-baru ini.
The post “Rita Rudaini Lebih Layak Dapat” – Puteri Sarah Raih Anugerah Khas Ikon Ibu Tunggal, Ramai Tak Puas Hati first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments