#Hiburan: “10 Tahun Berkhidmat, Tak Pernah Tengok Orang Senyum & Seronok Sebab Kes Khalwat” – Staf Pejabat Agama

Seorang individu yang bekerja dalam sebuah agensi agama Islam tampil meluahkan rasa hairan akan gelagat dua orang selebriti yang kelihatan riang gembira ketika hadir ke mahkamah atas dakwaan berkhalwat.

Ujar individu itu di aplikasi X, dia pertama kali melihat situasi itu sepanjang bekerja lebih 10 tahun di agensi agama.

Advertisement

Staf agensi agama hairan selebriti gembira di mahkamah syariah khalwat

Sepanjang berkhidmat di agensi agama lebih 10 tahun belum pernah lagi saya melihat kes tangkapan khalwat melibatkan pasangan apabila didakwa di mahkamah dalam keadaan senyum dan seronok.

Seronok berjumpa dengan kawan-kawan media katanya sampai lupa ini kes tangkapan khalwat.

Tambahnya, alasan gembira berjumpa dengan rakan-rakan media itu seperti tidak boleh diterima kerana ia adalah perbuatan memalukan.

Terdahulu, pelakon Ruhainies dan Aliff Aziz mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berkhalwat di sebuah kondominium mewah pada 9 Mac lalu.

Kehadiran Ruhainies dan Aliff Aziz ke mahkamah syariah bagi sebutan kes tersebut menimbulkan pelbagai reaksi dalam netizen gara-gara kedua-duanya dilihat tersenyum lebar dan gembira.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

ruhainies mahkamah
3 days ago

"Saya Tak Pandai Berlakon, Tak Pandai Menangis Depan Kamera" - Ruhainies Nafi Tak Sensitif, Terharu Wartawan Hadir Ke Mahkamah

The post “10 Tahun Berkhidmat, Tak Pernah Tengok Orang Senyum & Seronok Sebab Kes Khalwat” – Staf Pejabat Agama first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments