Apabila disoal tentang perkahwinan, pempengaruh dan usahawan hebat, Khairul Aming berkata dirinya kini mahu fokus mencari duit dahulu dan mengakui masa single.
Melalui TikTok Akmal Hidup Amoi, pempengaruh tersebut dengan nada yang ceria berkata dia mahu mencari dulu sebelum mendirikan rumah tangga dengan mana-mana wanita.
Kahwin lambat lagi, tiada calon lagi. Kena carikan satu.
@akmalhidupamoi Dia pon kata cari duit dulu …habistu yang kita ni cane #melayu #ontop #malaysiatiktok #gamon #rwyfb @Khairulaming ♬ suara asli – :)
Dalam pada itu, KA turut meminta pemilik akaun TikTok itu untuk mencarikannya seorang calon isteri memandangkan dia juga belum ada pilihan hati sendiri setakat ini.
Video tersebut meraih perhatian warganet, di mana rata-ratanya berseloroh seorang usahawan yang berjaya pun fikir mahu kukuhkan ekonomi sebelum berumah tangga, apatah lagi kita yang jadi penonton videonya.
Dalam pada masa yang sama, ada juga yang mengambil peluang menawar diri mahu menjadi calon isteri buat KA.
The post “Kahwin Lambat Lagi, Tiada Calon” – Khairul Aming Mengaku Masih ‘Single’, Nak Fokus Cari Duit Dulu first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments