Disebabkan terlalu banyak pusat membeli belah atau shopping mall dibangunkan di ibu kota Kuala Lumpur, rakyat difahamkan kini sudah tepu dan membuatkan beberapa pusat ini tidak dikunjungi ramai.
Terlalu banyak shopping mall di KL
Melalui laporan Al-Jazeera, pemilik kedai komputer di pusat membeli-belah di 3 Damansara iaitu Goh Sook Lam, biarpun ada acara taekwondo di arah bawah, tetapi di bahagian atas tetap sunyi.
Saya bergantung kepada pelanggan tetap saya (seorang). Pelanggan masuk secara rawak kurang… Kadang-kadang saya tak balik modal.
Difahamkan, dengan lebih 1000 pusat membeli-belah pada akhir tahun 2023, masih banyak lagi bangunan shopping mall sedang dibina kini biarpun yang sedia ada menghadapi kesukaran untuk menarik orang ramai.
Penyewa hadapi kesukaran
Dalam laporan yang dinyatakan juga, di Kuala Lumpur sahaja sudah ada 727 pusat membeli-belah.
Biarpun beberapa pusat membeli-belah yang popular menikmati trafik kehadiran pengunjung yang tinggi dan kadar perniagaan hampir penuh, penyewa di pusat membeli-belah yang kurang popular masih bergelut untuk bersaing.
The post “Pelanggan Saya Seorang..” – Lebih 700 ‘Shopping Mall’ Dibina Di KL, Penyewa Mengadu Bisnes Terlalu ‘Sepi’ first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments