#Hiburan: “Kawan Sendiri Pun Saya Tak Mampu Nak Kawal..” – Irma Hasmie Memilih Untuk Berdamai Dengan Takdir, Enggan Ulas Isu Cerai

Pelakon dan personaliti TV, Irma Hasmie memaklumkan dia enggan bercerita lebih mengenai kisah perceraiannya bersama bekas suami kerana ingin mengelakkan spekulasi liar.

Ujar Irma, dia sudah berdamai dengan takdir dan kini memberi keutamaan kepada diri sendiri dan juga insan sekeliling.

Advertisement

Apa yang terjadi mengenai rumah tangga saya sebelum ini adalah satu proses yang panjang. Buat masa sekarang, boleh dikatakan saya okey, Alhamdulillah.

Perkara cerai terlalu peribadi untuk diperkatakan atau ungkitan, bahkan saya rasa masyarakat pun memahami keadaan tersebut.

Cukuplah hanya orang yang terdekat mengetahui, Irma juga mengakui tidak mampu mengawal pihak lain atau rakannya sendiri mengenai isu tersebut.

Semua ini berlaku di luar kawalan saya. Tentu individu terdekat tahu perkara sebenar. Namun itulah saya cakap, kawan sendiri pun saya tak mampu nak kawal.

Saya pun tak boleh cakap lebih-lebih atau kawal kehidupan mereka. Benda itu sudah berlaku pun, cuma saya tetap dengan pendirian enggan ulas apa-apa.

Sementara itu, Irma memaklumkan anak-anaknya kini baik-baik sahaja di bawah penjagaannya.

Alhamdullilah, anak-anak semua okay. Insyallah. Saya bersyukur sangat semuanya baik. Begitu juga kehidupan kami.

Terdahulu, Irma dan bekas suami, Redza Syah Azmeer bercerai pada Oktober 2023 setelah 11 tahun berumah tangga.

Redza kemudian dilaporkan berkahwin lagi sekali bersama wanita pilihan bernama Fiza pada April lalu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

lelaki minta selebriti wanita berhenti menipu buat bariatrik
23 hours ago

"Pakai Tudung Tapi Menipu, Malu!" - PA Minta Selebriti Wanita Jangan Berbohong Kurus Sebab Makan Produk, Tapi Buat Bariatrik

The post “Kawan Sendiri Pun Saya Tak Mampu Nak Kawal..” – Irma Hasmie Memilih Untuk Berdamai Dengan Takdir, Enggan Ulas Isu Cerai first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments