#Hiburan: (TAKZIAH) Bekas Peserta Mentor Nabil Zamanhuri Meninggal Dunia

Bekas peserta program nyanyian Mentor musim pertama, Nabil Zamanhuri dilaporakan meninggal dunia pada pagi Ahad.

Berita duka itu diumumkan ibu arwah, Fatimah Abdullah menerusi satu hantaran di Facebook.

Advertisement

Anak lelaki saya, Nabil sudah kembali ke rahmatullah. Mohon ampuni dan halalkan makan minum dia. Doakan agar dia ditempatkan bersama mereka yang beriman.

Semoga bertemu di syurga Allah, amin.

Namun begitu, maklumat lanjut mengenai punca kematian juga tidak diberitahu ibunya.

Jenazah kini berada di Hospital Ampang untuk tujuan pengurusan dan pengebumian.

Allahyarham Nabil sebelum ini berjaya merangkul gelaran naib juara dalam pertandingan nyanyian Mentor musim pertama.

Arwah juga aktif dalam bidang pengacaraan dan lakonan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Aliff ruhainies
22 hours ago

Siasatan Kes Khalwat Aliff Aziz Dan Ruhainies Selesai, Apa Tindakan Selanjutnya?

The post (TAKZIAH) Bekas Peserta Mentor Nabil Zamanhuri Meninggal Dunia first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments