#Hiburan: Datuk Yusof Haslam Dituduh Curang, Datin Patimah Hilangkan Diri Selama Sebulan

Pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam ada berkongsi kisah peribadi yang melanda dirinya dan isteri, Datin Patimah Ismail suatu ketika dahulu.

Menganggap krisis tersebut sebagai ujian dalam rumah tangga yang dibinanya bersama Datin Patimah, Yusof Haslam memberitahu dia pernah difitnah berlaku curang dengan wanita lain.

Advertisement

Angkara salah faham itu, isteri pengarah itu dikhabarkan menghilangkan diri selama sebulan kerana merajuk dan jauh hati.

Adalah peristiwa berlaku menyebabkan dia merajuk dan membawa diri ke sebuah sekolah pondok di Pokok Sena, Kedah bagi mendalami ilmu agama.

Hampir sebulan isteri menghilangkan diri dan saya jadi buntu dan tak tahu di mana dia berada. Anak-anak pula masih bersekolah. Secara kebetulan, kami baru sahaja pindah ke banglo ini.

Namun, Datuk Yusof Haslam tetap bersemangat untuk mempertahankan rumah tangga yang dibina dan meminta bantuan bapa mentuanya untuk menjejaki keberadaan Patimah.

Pada awalnya, isteri masih berkeras. Tapi Alhamdulillah, selepas saya meyakinkannya dengan mengatakan sekiranya saya melakukan dosa besar pasti Tuhan tidak akan menyelamatkan saya termasuk bersikap jujur dalam perhubungan jika nak rezeki sentiasa melimpah.

Jujurnya, proses memujuk memakan masa bertahun. Saya tidak salahkan isteri sebab sudah tentu dalam bidang hiburan terdedah dengan macam-macam gosip. Saya pula selalu berjumpa dengan artis dan isteri saya perlu kuat menghadapinya.

Difahamkan, Datuk Yusof Haslam berkongsikan pengalaman itu ketika meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-41 baru-baru ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

ramona zam zam
20 hours ago

"Baru Terhegeh-Hegeh Nak Tunjuk Solidariti" - Ramona Zam Zam Sindir Artis #Blockout2024 Baru Nak 'Post' Pasal Palestin

The post Datuk Yusof Haslam Dituduh Curang, Datin Patimah Hilangkan Diri Selama Sebulan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments