Johni Satur, 57, seorang penoreh gerah dari Sabah menjadi jutawan dalam sekelip mata selepas namanya diumumkan sebagai pemenang Cabutan Jutawan Bonanza BSN SSP ke-99 baru-baru ini.
Guna duit KWSP beli SSP
Johni membawa pulang Rm1 juta dan ketika berkongsi cerita, dia mendedahkan telah mengikut saranan anak lelakinya untuk membeli Sijil Simpanan Premium (SSP) BSN itu menggunakan duit KWSP pada tahun 2022.
Saya masih rasa seperti mimpi dapat menang RM1 juta. Malahan saya lambat memberi respon ketika dihubungi pihak BSN minggu lalu kerana bimbang ia adalah suatu skim penipuan.
Tambah Johni, hanya selepas beberapa kali diyakinkan barulah dia percaya dirinya menjadi salah seorang pemenang cabutan bertuah tersebut,
Nak bina rumah baru untuk keluarga
Johni mempunyai lima orang anak dan berkata pendapatannya sebagai penoreh getah hanyalah RM500 sebulan, tidak cukup untuk menampung perbelanjaan mereka sekeluarga.
Dalam pada itu, Johni berkata dia merancang untuk menggunakan wang tersebut untuk membina sebuah rumah baru di tapak lain demi keselesaan keluarganya.
Johni juga akui akan menggunakan lebihan wang kemenangannya itu untuk pendidikan dua anaknya yang masih bersekolah rendah dan menengah.
The post Menang Cabutan Bertuah RM1 Juta, Penoreh Getah Jadi Jutawan Sekelip Mata – “Saya Mahu Bina Rumah Baru Untuk Keluarga” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments