Sebelum ini, pelakon kacak Hisyam Hamid memaklumkan dia sudah pun bercerai dengan isteri, Rosmawati Hanafi setelah 18 tahun mendirikan rumah tangga.
Menyimpan kemas soal rumah tangga meskipun sentiasa menjadi tumpuan kerana statusnya yang dahulu seorang isteri kepada pelakon, Rosmawati menyifatkan perceraian yang dialaminya adalah kehilangan yang sangat berat namun terkandung hikmah.
Semua yang berlaku pasti bersebab. Setiap patah hati dan kekecewaan membawa rahmat yang tersembunyi.
Saya mungkin berasa kehilangan sekarang, bergelut dengan persoalan yang seolah-olah tiada jawapan.
Melalui 1,000 perkara dalam hidup yang orang tidak tahu. Saya mengalami perkara yang menggoncangkan, mengubah, menghancurkan, membina dan mengajar saya lebih kuat daripada yang pernah saya fikirkan.
Tambahnya lagi, hatinya mungkin terluka pada ketika ini namun dia percaya ia tidak akan kekal lama dan dirinya akan pulih semula.
Namun buat waktu ini, sudah tiba masanya untuk menjadi lebih kuat, reda dan sembuh dengan segala ketentuan serta memperbaiki diri.
Allah akan membuat hati ini tersenyum kembali.
Sekadar info, pelakon asal Singapura itu memaklumkan dia sudah bercerai dan lebih selesa menjadi kawan baik bersama Rosmawati.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata yang masing-masing berusia 17 dan 15 tahun.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Saya Mungkin Berasa Kehilangan Sekarang, Bergelut Dengan…” – Bekas Isteri Hisyam Hamid Luah Perasaan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments