Penyanyi veteran, Khadijah Ibrahim tampil membuat pengakuan mengenai cucunya yang didakwa mencabul sepupu perempuan sekitar Disember tahun lalu.
Enggan lagi berselindung, penyanyi itu memberitahu bahawa kedua-dua cucunya ada menjalinkan hubungan cinta dan ia mula menjadi isu besar apabila ada hasutan luar.
Namun begitu, bagi Khadijah ia hanyalah isu kecil dan boleh diselesaikan secara baik antara kedua belah pihak tanpa membabitkan orang luar.
Budak budak muda bercinta. Dua-dua cucu saya! Takkan satu nak suruh masuk penjara dan satu lagi masuk pusat pemulihan? Tak boleh.
@melodiberapi Isu cucu cabul sepupu, dengarkan penjelasan Datuk Khadijah Ibrahim. #meloditv3 #fyp??viral?tiktok #ceritaartismalaysia #panas #sensasi #fyp?
Masalah itu senang saja bagi saya, mereka yang cipta, mereka selesaikan. Bagi saya ini masalah kecil, antara dua orang bercinta.
Saya sudah siasat apa yang jadi tapi itu antara saya dan mereka. Benda ini terjadi pun disebabkan hasutan orang luar. Kadang mereka tak dapat berfikir dengan baik.
Maklum Khadijah lagi, dia tidak kisah jika namanya menerima tempias daripada perbuatan dua cucunya itu.
Saya tak kisah (terkena tempias) sebab kita semua ada anak dan cucu. Kita perlu kendalikan masalah dengan baik.
Saya percaya Allah telah aturkan semua ini jadi saya tenang saja.
Terdahulu, seorang remaja lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas pertuduhan mencabul kehormatan sepupu perempuannya yang berusia 17 tahun.
Walau bagaimanapun, remaja lelaki berkenaan mengaku tidak bersalah.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post Khadijah Ibrahim Mengaku Cucu Didakwa Cabul Sepupu Sendiri, Mahu Keluarga Selesai Isu Tanpa Babit Orang Luar first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments