#Hiburan: “Apalah Sangat Melutut Dengan Apa Yang Dia Cakap Dekat Anak Aku” – Isteri Caprice Tampil Bidas Kecaman Netizen

Sebelum ini, Caprice berkongsi video menunjukkan kehadiran seorang pemuda berusia 23 tahun yang datang ke rumahnya untuk memohon maaf kerana menghina anak lelakinya, Airiel Qashaf.

Bagaimanapun, tindakan isteri Caprice, Fara Inalis yang meminta pemuda itu melutut untuk memohon maaf di hadapannya telah dipersoal segelintir netizen.

Advertisement

 

Apalah sangat melutut….

Sedar tentang perkara itu, Fara tampil mempertahankan tindakannya yang merasakan tindakan pemuda itu lebih teruk daripada melutut.

Ramai rupanya netizen bercita-cita nak jadi ustaz dan ustazah sebab itu ramai yang berceramah. Yang korang bising sangat fasal itu melutut itu, apalah sangat melutut dengan apa pernah dia cakap dekat anak aku.

Caprice fara melutut

 

Ibu mana yang boleh tahan?

Dalam pada itu, Fara turut tidak akan memberi muka kepada sesiapa yang menghina anaknya yang baru lahir itu.

Aku berjuang sehabis daya sampai nak putus nyawa beranak, bukan senang tau. Tak sampai 40 hari, senang-senang nak dajalkan anak aku. Cakap anak muka hisap ‘batu’, muka macam ba*i.

fara inalis

Ibu mana boleh tahan, mana aku nak cari kesabaran aku? Setinggi mana iman kau. Kau boleh sabar macam mana kalau orang cakap anak kau macam itu?

Caprice fara melutut
20 hours ago

Lelaki Usia 23 Tahun Melutut Minta Maaf Kerana Hina Anak Caprice Dan Isteri - "Perangai Macam Sampah"

The post “Apalah Sangat Melutut Dengan Apa Yang Dia Cakap Dekat Anak Aku” – Isteri Caprice Tampil Bidas Kecaman Netizen first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments