#Hiburan: Robot Pasang Peti Sejuk? LG Buat Media Terkagum-Kagum Di Bumi Korea

Ingat lagi tak, baru-baru ini kami ada berkongsi pengalaman kami berada di bumi Korea? Kalau korang nak tau,  ada juga geng-geng media lain yang turut sama dalam trip yang dibawakan oleh LG Malaysia ini.

Mesti ada yang tertanya-tanya kan, kami ni pergi bekerja atau melancong?

Advertisement

Jawapannya 2 dalam 1, di mana sepanjap trip ini kami bukan hanya diperkenalkan lebih dekat dengan jenama LG, malah kami turut dibawa meneroka keindahan budaya dan warisan negara pengeluar jenama berteknologi tinggi itu.

HARI PERTAMA (KUALA LUMPUR KE BUSAN)

Kami telah bertolak daripada lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur pada 2.30 pagi dan tiba di Busan pada jam 10.00 pagi. Ketibaan kami disambut oleh pemandu pelancong tempatan yang fasih berbahasa Inggeris.

Disebabkan perut pun dah lapar, kami terus di bawa makan tengah hari ke restoran dan menikmati hidangan tempatan iaitu Daegu Tang, hidangan ikan segar dengan kuah yang menyegarkan.

Selepas makan, kami meneruskan perjalanan melawat tempat menarik di Busan. Kami telah di bawa ke perkampungan bersejarah Gamcheon Culture Village yang kini dengan struktur bertingkat dan keunikkan rumah yang dicat berwarna-warni.

Sedikit mengenai kawasan ini, ia pada asalnya ialah perkampungan lama yang menjadi tumpuan pelarian semasa Perang Korea pada tahun 1950 (di mana waktu itu ibu negara Korea Selatan turut dipindahkan dari Seoul ke Busan).

Gamcheon ni kemudian berkembang menjadi penempatan setinggan penduduk yang miskin di Busan. Banyak generasi muda mula berhijrah dan tinggal golongan tua saja di kawasan ini.

Namun, kebijaksanaan kerajaan dan inisiatif penduduk berjaya menukar kawasan ini menjadi destinasi pelancongan, apabila pelukis diundang untuk melakar karya mereka pada dinding rumah, lorong, papan tanda dan permukaan yang boleh dilukis.

Hasilnya kini, walaupun lokasinya di kaki bukit dan pengunjung perlu mendaki, tempat ini sentiasa menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara.

Terdapat juga tarikan menarik mural di dinding-dinding bangunan yang memaparkan watak kartun animasi dan juga artis terkenal Korea seperti anggota kumpulan BTS iaitu Jimin dan Jungkook yang berasal dari Busan.

Selepas puas berjalan di Gamcheon Cultural Village, kami telah dibawa ke Jagalchi Fish Market.

Kedudukannya yang terletak di bahagian tenggara Korea (menghadap Selat Korea) dan pelabuhan utama, menjadikan Busan terkenal dengan hidangan laut yang segar.

Di Jagalchi Fish Market ada macam-macam jenis hidangan laut segar korang boleh tengok, kalau nak makan terus pun boleh. Cuma perlu pilih dan bagitau nak macam lauk apa.

HARI KEDUA: KILANG LG, CHANGWON

Hari kedua, kami telah dibawa ke kilang LG yang terletak di Changwon. Tempat ini turut dikenali sebagai LG Smart Park kerana di sini LG membangunkan teknologi pemasangan perkakas rumah dengan menggunakan robot yang dijana dengan teknologi kepintaran buatan (AI) dan Big Data.

Memasuki kawasan kilang utama, kami telah diingatkan supaya tidak merakamkan sebarang video dan gambar di dalam kilang atas faktor privasi. Kami dibawa untuk melihat sendiri bagaimana robot menjadi pengganti manusia dalam tugas pemasangan dan pengujian keselamatan perkakas rumah. Buat masa ini, pemasangan perkakas oleh robot hanya bertumpu untuk keluaran peti sejuk sahaja.

Selama ini kami selalu tertanya-tanya bagaimana agaknya bila robot dah boleh ganti kerja manusia? Tapi kali ini kami dapat melihat sendiri semua ini di depan mata.

Pada pandangan kami, secara peribadi terdapat beberapa kelebihan yang dimiliki oleh teknologi yang digunakan di LG Smart Park.

Teknologi berkembar digital di LG Smart Park mensimulasikan senario pengeluaran dan meramalkan potensi isu dengan menganalisis data pengeluaran setiap 30 saat, memastikan pengurusan dan penyelenggaraan rantaian bekalan yang cekap dan boleh dipercayai.

Selain itu, kilang ini menggunakan sistem pengangkutan bahan yang didayakan secara digital, kenderaan berpandu automatik, dan sistem penghantar overhed untuk mengoptimumkan penggunaan ruang dan meningkatkan kecekapan pembuatan, di samping automasi pintar dengan robot dipacu AI.

Masa lawatan sekitar kilang, kami dapat melihat robot-robot mini yang ditugaskan untuk membuat penghantaran ke seksyen-seksyen tertentu, robot ini bergerak dalam satu laluan dengan ‘membaca’ kod QR pada lantai. Menjadikan risiko dilanggar oleh robot kepada sifar.

Dari segi kawalan kualiti pula, LG menggunakan platform AI seperti PI untuk penyelenggaraan ramalan dan Maven Cloud untuk kawalan kualiti. Penyepaduan ini telah menyaksikan pengurangkan kehilangan bahan, pemulangan yang rosak dan meningkatkan kelajuan dan ketepatan pemeriksaan.

Pelaksanaan teknologi pembuatan pintar di LG Smart Park telah membawa kepada peningkatan 17% dalam produktiviti, pengurangan 70% dalam kos pulangan yang rosak, peningkatan 30% dalam kecekapan tenaga dan pengurangan pelepasan gas rumah hijau, meletakkan LG sebagai peneraju global dalam inovasi pembuatan.

Selesai saja di kilang, kami dibawa ke LG Innovation Gallery yang menempatkan produk-produk keluaran LG. Di sini, kami dapat membayangkan jika rumah kami menggunakan produk LG. Kesemua perkakas dapat dikawal dihujung jari menggunakan aplikasi ThinQ.

Produk yang ditawarkan juga lebih banyak dan ada sebahagian yang belum lagi memasuki pasaran Malaysia.

Selesai saja lawatan di LG Smart City, kami telah kembali ke Busan untuk makan tengah hari dan meneruskan perjalanan ke Seoul dengan menaiki KTX.

HARI KETIGA: LG SCIENCE PARK, MAGOK & LG SHOWROOMS

Perjalanan kami mengagumi teknologi LG masih belum tamat, sambil dalam hati berharap agar beberapa produk mereka akan memasuki pasaran tempatan secepat mungkin.

Pada hari ketiga di bumi Korea, kami di bawa ke LG Science Park di Magok.

Dalam sesi lawatan di sini, kami diberi penerangan tentang beberapa produk yang telah di inovasi seperti televisyen senipis jari, paparan skrin lut sinar, kereta elektrik, tempat penyimpanan kasut dan sebagainya.

Kemudian, kami telah diberi penerangan oleh wakil LG Korea yang menceritakan tentang program LG Rent-Up™, di mana melalui program ini, pengguna dapat menyewa produk LG pada harga yang sangat berpatutan.

Kadar bayaran yang dikenakan adalah serendah RM40 termasuk dengan kos penyelenggaraan atau pengguna juga boleh memilih untuk self-service.

Di Malaysia program LG Rent-Up™ menawarkan lebih 9 jenis perkakas rumah untuk disewa seperti penulen air, penulen udara, mesin basuh, peti ais, TV dan banyak lagi pilihan.

Selesai di LG Science Park, kami telah dibawa untuk makan tengah sebelum meneruskan lagi lawatan ke LG Gangnam Brandshop dan LG Signature Kitchen Suite.

Koleksi di brandshop kelihatan seperti ruang pameran yang kami lawati sebelum ini cuma kali ini ia lebih besar dengan mempunyai 4 tingkat.

Manakala LG Signature Kitchen Suite memaparkan produk LG yang berkolaborasi dengan artis tempatan. Pada kami tempat ini agak mewah dan mungkin menyasarkan golongan ‘chaebol’ atau kaya di Korea.

Setelah penat, belajar tentang banyak perkara, kami dibawa ke Myeongdong untuk makan makan. Kami dibawa menikmati hidangan BBQ Halal terkenal di Korea iaitu Busan Jib, yang ini kami approve sedap. Rasa sotong pedas segar, dengan daging yang dipanggang atas api seoalah dalam K-drama, berjaya membuatkan kami semua gembira.

HARI KEEMPAT: JALAN-JALAN DI SEOUL

Dah mengenali teknologi LG dengan lebih mendalam di bumi kelahirannya, media dibawa pula mengenali sejarah negara ini. Tidak lengkap rasanya ke Korea Selatan jika tidak singgah di Gyeongbokgung Palace.

Istana bersejarah ini merupakan yang pertama dan yang terbesar dibina pada tahun 1395 semasa Dinasti Joseon. Kami telah diberi peluang untuk memakai hanbok, pakaian tradisional Korea dan berjalan-jalan di sekitar tempat bersejarah ini. Masa ni memang feeling macam drama Korealah!

Masuk je ke pekarangan istana, kami dapat menyaksikan lautan manusia daripada pelbagai negara dan kami merasakan ini adalah impak dan pengaruh K-pop dan K-drama yang terkenal di seluruh dunia.

Selepas itu, kami telah ke Ikseondong Hanok Village (bangunan tradisional Korea yang ditukar menjadi kedai) dan menjelajah Myeongdong untuk membeli buah tangan sebelum pulang ke Malaysia.

Pada malamnya pula, kami telah dibawa makan malam di sebuah restoran yang menyajikan makanan tradisional Korea yang dinikmati oleh golongan bangsawan sebagai penutup untuk LG Rent-Up™ Media Trip ini.

Banyak yang kami pelajari tentang teknologi LG ini dan bagaimana LG sentiasa berusaha untuk menambah baik kualiti perkhidmatan mereka selain menjaga alam sekitar.

Pada korang yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang program LG Rent-Up™, boleh klik di sini, https://www.lg.com/my/rent-up.

 

The post Robot Pasang Peti Sejuk? LG Buat Media Terkagum-Kagum Di Bumi Korea first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments