Penyampai radio Fizi Ali dan bekas suami kepada pelakon Shakilla Khoriri menegaskan isu hak penjagaan anak bukan satu pertandingan antara dirinya dan Shakilla. Malah, ia dilakukan atas dasar ingin memastikan anak mereka mendapat kasih sayang yang cukup.
Bukan berebut anak
Hal tersebut dijelaskan oleh Fizi bagi menepis dakwaan segelintir pihak yang mengatakan dirinya kalah dalam kes hadanah di mahkamah semalam dan hak penjagaan interim itu diberikan kepada Shakilla.
Sekali lagi saya nak tekankan, saya bukan berebut hak jagaan. Cuma hak melawat, bermalam dan hak untuk Ameena mendapat kasih sayang sama rata.
Ada yang DM gelak padan muka kalah. Ini bukan pertandingan kalah atau memang.
View this post on Instagram
Setuju beri hak jagaan pada Shakilla
Tambahan pula, penyampai radio ini seperti memberi bayangan sudah setuju dan mendapat keputusan bersama Shakilla untuk hadanah induk yang bakal diselesaikan di mahkamah dalam masa terdekat.
Dari awal saya memang dah setuju dan beri hak jagaan kepada ibunya (Shakilla). Kami melalui peguam telah mencapai persetujuan tentang hak jagaan dan lawatan. Bukan interim tetapi yang kekal juga.
Orang yang cakap kalah, mereka tak faham. Tiada keperluan untuk saya fahamkan. Yang penting syukur saya dapat hak saya bersama Ameena.
View this post on Instagram
Untuk rekod, Fizi dan Shakilla sah bergelar suami isteri pada 18 Januari 2018 sebelum bercerai pada Disember 2021. Pada 15 Disember, Fizi memfailkan tuntutan hadanah terhadap Shakilla berkaitan hak penjagaan Ameena.
The post “Ada Yang Gelak Padan Muka Kalah..” – Fizi Ali Nafi Berebut Anak Dengan Bekas Isteri, Cuma Ingin Hak Sebagai Bapa first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments