Baru-baru ini, tular di media sosial pempengaruh dan usahawan yang dikenali sebagai Yaana Lee membuat pendedahan mendakwa suaminya sering menggunakan Instagram untuk mengikuti akaun dan melihat foto dan video wanita seksi.
Tak kira rupa paras isteri
Tampil memberi pandangan terhadap isu tersebut, pempengaruh Dahlia Rizal berkata para suami yang sering melalukan hal itu bukan kerana disebabkan rupa paras isteri mereka.
Menurutnya, tidak kisah sekiranya isterinya sudah cantik dan sempurna, jika niat individu itu ingin melihat wanita seksi di media sosial, akan tetap dilakukan juga.
Tak kisah lah awak cantik ke tak cantik ke, kalau suami nak tengok perempuan seksi, bogel-bogel dah lucah semua itu, dia tetap akan tengok juga tak kira macam mana gaya dan rupa paras awak.
View this post on Instagram
Isteri nasihat dan tegur
Bukan itu sahaja, Dahlia juga berkata nasihat dan teguran yang diberikan oleh para isteri juga tidak akan berhasil jika suami berkeras untuk tetap melakukannya.
Awak boleh nasihat dan tegur sebanyak mana yang awak nak tapi kalau mereka masih pilih untuk tengok, maka awak tahulah apa akan jadi selepas itu.
View this post on Instagram
Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Kalau Suami Nak Tengok Perempuan Seksi, Dia Tetap Akan Tengok Tak Kira Rupa Paras Isteri..” – Dahlia Rizal first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments