#Hiburan: “Orang Bahagia Takkan Ada Masa Cakap Macam Tu..” – Tyra Kamaruzzaman Enggan Layan Komen ‘Insecure’, Bahagia Jadi Pengantin Baru

Personaliti media sosial dan usahawan kosmetik Tyra Kamaruzzaman enggan mengambil pusing tentang komen daripada sesetengah pihak berkenaan rumah tangga yang baru dibinanya.

Ada yang cemburu

Hal tersebut demikian selepas salah seorang pengikutnya menanyakan soalan ketika sesi Q & A di Instagram story milik Tyra. Individu tersebut bertanya apakah pendapatnya berkenaan komen netizen yang menganggap Tyra kelihatan bahagia bersama suami kerana masih di awal perkahwinan.

Advertisement

Saya selalu dapat komen ni. Banyak kali sebenarnya. Orang selalu tunjukan insecurity mereka terhadap awak hanya untuk sedapkan hati mereka tentang situasi yang dilaluinya.

 

Mungkin orang yang bercakap macam tu berkahwin dengan seseorang yang hanya menunjukkan rasa sayang dan bahagia sementara sahaja.

tyra

Orang bahagia tak akan ganggu

Bukan itu sahaja, isteri kepada pereka fesyen ini turut bahawa mereka yang sedang bahagia bersama pasangan tidak akan mengemukakan komen sebegitu terhadap pasangan lain. Malah, mereka akan turut bergembira ke atas kebahagiaan orang lain.

Jadi, bila mereka tengok orang lain lebih bahagia berbanding mereka, mereka cakap macam tu la. Percayalah, orang bahagia takkan ada masa untuk cakap macam tu kepada kehidupan orang lain dengan mudah sebab mereka bahagia.

 

Selalunya mereka akan gembira untuk orang lain juga. Apa yang orang cakap pada kita selalunya hanya mencerminkan kehidupan mereka. Jadi, jangan dengar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Athirah Kamaruzzaman (@tyrakmrzmn)

Sekadar info, Tyra dan suaminya Emran telah sah bergelar suami isteri pada 3 Mei lalu setelah enam bulan mengikat tali pertunangan.

tyra
3 weeks ago

"Yang Tak Baik Kita Tolak Tepi.." - Busana Nikah Mencolok Mata, Tyra Kamaruzzaman Tak Cepat Melatah Bila Ditegur

The post “Orang Bahagia Takkan Ada Masa Cakap Macam Tu..” – Tyra Kamaruzzaman Enggan Layan Komen ‘Insecure’, Bahagia Jadi Pengantin Baru first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments