#Hiburan: “Siapalah Saya Nak Dibandingkan Dengannya..” – Dianggap Lebih Layak Berbanding Fan Bing Bing Menjadi Duta Melaka, Ini Respon Michael Ang

Baru-baru ini, penerbit dan pengarah popular Michael Ang telah memberi respon terhadap permintaan segelintir netizen yang mencadangkan namanya sebagai calon yang lebih sesuai untuk dijadikan duta pelancongan negeri Melaka.

Nama Fan Bing Bing terkenal di luar negara

Hal ini demikian apabila ada yang menganggap aktres China, Fan Bing Bing tidak layak menjadi duta pelancongan bagi negeri tersebut. Namun, pengarah ini berkata nama pelakon tersebut sudah terkenal di negara luar seperti Taiwan, Jepun dan Amerika Syarikat (AS).

Advertisement

Bagi saya, pelantikan Fan Bing Bing dibuat berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh kerajaan negeri dan pelancongan Melaka. Mereka tentu mempunyai agenda dan motif tersendiri terhadap pemilihan tersebut.

 

Nama Fan Bing Bing pula besar dan dikenali di peringkat antarabangsa dan tentu ramai peminat dari luar negara mahu ke Melaka jika Fan Bing Bing love Melaka. Jadi, siapalah saya jika mahu dibandingkan dengannya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

Terbuka untuk kolaborasi

Namun begitu, Michael juga berkata dia tidak menolak sekiranya ada peluang untuk berkolaborasi dengan aktres China itu. Menurutnya, jika ada perancangan untuk menarik peminat pengunjung tempatan, dia terbuka untuk bekerjasama di masa akan datang.

Tapi jika pelancongan  Melaka ingin tarik pengunjung tempatan dan mahu saya kolaborasi dengan Fan Bing Bing, saya ok saja.

Untuk rekod, Fan Bing Bing bakal dinamakan sebagai duta pelancongan Melaka pad 25 Jun depan. Aktres itu juga dikatakan telah mengadakan perbincangan dengan Menteri Besar Melaka bagi membincangkan lawatannya ke Melaka pad 14 hingga 16 Jun depan.

3 weeks ago

"Kita Kena Jadi Tuan Rumah Yang Bagus.." - Pelancong China Riuh Dalam ETS, Pak Nil Dipuji Pandai Kawal Situasi

The post “Siapalah Saya Nak Dibandingkan Dengannya..” – Dianggap Lebih Layak Berbanding Fan Bing Bing Menjadi Duta Melaka, Ini Respon Michael Ang first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments