Baru-baru ini, penerbit terkenal iaitu Datuk A Aida berkata hubungan dirinya bersama aktres sensasi Ruhainies masih baik meskipun sudah senarai hitam pelakon berkenaan.
Bersikap profesional
Menurut penerbit ini, dia memilih untuk bersikap profesional dalam bekerja namun masih mengekalkan ukhuwah bersama rakan artis di luar pekerjaan.
Saya memang blacklist Ruhainies kerana apa yang salah tetap salah. Tetapi hubungan sebagai rakan industri yang sudah dianggap adik dan kakak tidak putus apabila kami berjumpa.
Cumanya apabila melibatkan kerja, saya sangat profesional. Kerana jika ada artis yang terbabit dengan isu sensitif dan memberikan contoh tidak baik kepada masyarakat, memang saya blacklist.
View this post on Instagram
Beri kesan buruk
Dalam pada itu, ditanya berkenaan tempoh blacklist yang dikenakan kepada artis yang bermasalah, A Aida menjelaskan ia bergantung kepada situasi artis berkenaan.
Untuk saya mungkin lagi setahun atau dua tahun. Kalau suasana dah kembali reda balik, mungkin saya berhenti blacklist pada seseorang artis itu.
Saya tidak mahu nanti jika ambil artis yang nama mereka masih panas, akan beri kesan buruk kepada produksi dan karya saya. Sekarang zaman netizen, saya perlu berhati-hati.
View this post on Instagram
Terdahulu, pelakon Ruhainies telah disenarai hitam oleh A Aida setelah terlibat dalam kes tangkap khalwat bersama aktor Aliff Aziz.
The post “Apa Yang Salah Tetap Salah..” – A Aida Bersikap Profesional, ‘Blacklist’ Ruhainies Namun Kekalkan Hubungan Baik first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments