#Hiburan: “Siasatan Dijalankan Ikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan Iaitu Membunuh” – Ibu Bapa Zayn Rayyan Ditahan

Sedia maklum, kes kematian kanak-kanak autisme Allahyarham Zayn Rayyan, 6, sehingga ke hari ini masih dalam siasatan.

Kira-kira jam 11 pagi, semalam, ibu bapa arwah telah pun ditahan oleh pihak polis di Puncak Alam, Selangor.

Advertisement

Difahamkan dari laporan Sinar Harian, sewaktu menghubungi Ketua Polis Selangor iaitu Datuk Hussein Omar Khan, dia mengesahkan hal ini berkaitan tangkapan.

zayn rayyan

Perkembangan terkini, Datuk Hussein memaklumkan siasatan ke atas suami isteri itu dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.

Sekadar info, pada 7 Disember tahun lalu, mayat Zayn Rayyan dijumpai di anak sungai yang berhampiran dengan kawasan Apartment Idaman, Damansara Damai pada jam 10 malam.

adik zayn rayyan
5 months ago

"Paling Sakit Rindu Pada Orang Yang Dah Tiada" - Luahan Ibu Adik Zayn Rayyan Undang Sebak, Ramai Turut Menangis

The post “Siasatan Dijalankan Ikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan Iaitu Membunuh” – Ibu Bapa Zayn Rayyan Ditahan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments