#Hiburan: “Mereka Dakwa Sokong Tapi Curi Cetakan..” – Jenama Fesyen Tempatan Dikritik, Dikatakan Ciplak Corak Rekaan Pereka Skarf Palestin

Kebelakangan ini, sebuah jenama fesyen tempatan telah menerima kecaman daripada orang ramai apabila didakwa memplagiat atau menciplak corak dari pereka fesyen dikenali sebagai Sarah Musa.

Cetakan skarf sama

Menurut Sarah yang merupakan penjual produk skarf Kefiyyah berdarah Palestin, dia amat terkesan apabila sebuah jenama tempatan telah mengambil dan memplagiat cetakan design skarf yang dihasilkan oleh jenamanya.

Advertisement

Malah, dia turut kecewa apabila jenama berkenaan mendakwa mereka merupakan salah satu jenama yang menyokong Palestin namun bertindak menciplak corak mereka.

Bolehkah semua orang panggil @lima.segi dan komen pada posting mereka kerana mencuri cetakan kami dan menjadikannya ia dalam pelbagai warna, salah satunya sama dengan cetakan kami.

 

Sebagai pereka Palestin, saya terkejut apabila mereka mendakwa menyokong Palestin namun mencuri cetakan daripada pereka Palestin.

sarah musasarah musa

Jenama berhenti produksi tudung ‘ciplak’

Tak lama kemudian, jenama fesyen tersebut tampil dengan kenyataan mengakui kesalahan mereka kerana telah mengambil corak rekaan Sarah itu. Mereka juga memaklumkan bahawa penjualan tudung berkenaan telah diberhentikan.

Maaf untuk makluman anda bahawa sebuah syarikat telah ‘mendakwa’ kami menyalin rekaan design Kefiyyah mereka. Untuk mengelakkan komplikasi lanjut, kami perlu berhenti menjual rekaan design tersebut.

 

Sokonglah Kefiyyah original rekaan Sarah Musa. Kami amat memohon maaf atas kesulitan ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Y U N A (@yuna)

Sekadar info, penyanyi terkenal Yuna turut membeli skarf rekaan Sarah Musa sebagai tanda menyokong perjuangan usahawan itu dalam menolong rakyat Palestin.

wawa
6 months ago

"Saya Tak Halalkan Pendapatan Mereka.." - Kesal Hasil Titik Peluh Diciplak, Wawa Zainal Bimbang Nama Baik Jenama Tercalar

The post “Mereka Dakwa Sokong Tapi Curi Cetakan..” – Jenama Fesyen Tempatan Dikritik, Dikatakan Ciplak Corak Rekaan Pereka Skarf Palestin first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments