Seorang individu tampil membuat dakwaan mengatakan isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanafiah memiliki seorang anak yang sudah dewasa.
Difahamkan, dakwaaan itu dibuat individu itu setelah Watie berkongsi foto dia memeluk dua orang kanak-kanak perempuan di media sosialnya.
Malah, individu itu turut menulis komen berbaur perlian “Kesian mak tak mengaku anak” di hantaran tersebut.
Maklum dengan kenyataan tidak berasas itu, Watier tampil menjelaskan bahawa kedua-dua kanak-kanak perempuan itu adalah anak rakannya.
Kesian Mommy Ivanna penat-penat mengandung sembilan bulan, alih-alih TyAnje yang dapat nama. Memang rezeki TyAnje ni banyak dapat anak instant. Alhamdulilah.
Dia tak tahu ke TyAnje ni dah nak masuk 35 tahun asyik salam Ramadan je. Tak sampai lagi seruan nak salam gari.
Watie juga turut memuat naik tangkap layar komen tersebut dan menganggap ia sebagai gurauan semata-mata.
“You guys are so funny lah. #gelengkepalaajelahmampu,” tulisnya lagi.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Kesian Mak Tak Mengaku Anak” – Watie Hanafiah Didakwa Mempunyai Seorang Anak Perempuan? first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments