#Hiburan: “Sakit Jadi Madu Kan..” – Aslam Beri Kejutan Bunga Untuk Misya, Netizen Persoal Perasaan Marissa Dania

Walaupun sempat dilanda ujian perkahwinan, pasangan suami isteri Aslam dan Misya kembali terlihat bahagia bersama. Terbaru, sebuah video tular dimana Aslam memberikan sekuntum bunga kepada isteri pertamanya itu dan video tersebut berjaya meraih perhatian netizen.

Aslam beri kejutan

Dalam video yang dimuat naik oleh pempengaruh Abang Tesla di TikTok, Aslam membuat kejutan memberikan sekuntum bunga ros kepada Misya. Video tersebut dipercayai dirakam untuk mempromosikan produk di hadapan pusat beli belah.

Advertisement

Reaksi Misya yang tersipu malu mendapat kejutan itu membuatkan orang lain turut gembira melihat pasangan ini dapat kembali menjadi pasangan suami isteri yang bahagia.

So sweet la Aslam ni..

@abg.tesla So sweet la @aslam ni.. 🥲 #abgtesla #aslam #umisya ♬ Masing Masing – Encik Senget

Netizen usik

Namun begitu, melihat ruangan komen video yang meraih lebih sejuta penonton itu, ramai netizen meninggalkan komen yang mengusik pasangan tersebut. Ada juga yang kurang senang kerana mendakwa Aslam dan Misya tidak menjaga hati isteri kedua Aslam iaitu Marissa Dania.

Bahkan, timbul pula perdebatan netizen yang berdebat menyokong atau tak tindakan Aslam ini menayangkan aksi romantis bersama Misya di media sosial.

Muka suami dia macam terpaksa berlakon. Kalau saya lah tak payah lah bagi apa-apa kalau jiwa tu tak ada rasa. Lagi sakit rasa nampak macam terpaksa romantik.

 

Sakit ye jadi madu kan, lagi nampak sweet macam ni.

 

Kadang-kadang aku rasa diaorang ni jaga lah juga hati Marissa tu. Dia pun ada perasaan, berlaku adil la jadi pada isteri kedua.

ss

Terdahulu, media sosial digemparkan dengan berita yang mendedahkan Aslam yang bernikah dengan Marissa di Thailand ketika Misya mengerjakan umrah pada 27 Disember tahun lalu.

abby abadi
23 hours ago

Abby Abadi Percaya Anak Perempuan Bermadu Sebab Nak Elak Maksiat - "Marissa & Aslam Belajar Agama Dari Kecil"

The post “Sakit Jadi Madu Kan..” – Aslam Beri Kejutan Bunga Untuk Misya, Netizen Persoal Perasaan Marissa Dania first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments