Dari menonton marathon K-Drama hinggalah layan muzik Kpop, sudah ramai antara kita yang terjatuh cinta dengan budaya Korea. Bukan saja menyimpan impian untuk travel ke sana, salah satu trend dari Korea yang mendapat sambutan seluruh dunia adalah ‘glass skin’.
Tengok pelakon atau penyanyi Korea kegemaran, siapa tak nak kulit flawless kan? Apa rahsia mereka agaknya, sudah tentu produk skincare dari Korea kan? Nak selami jenama-jenama skincare ‘holy grail’ dan juga bahan-bahan daripada produk skincare mereka?? Jom ke Watsons K-Beauty Festa @ Sentul Depot!
Ada bermacam aktiviti menarik menanti pengunjung antaranya adalah Watsons bawakan 18 jenama skincare dari Korea bersama pakar mereka. Di sana korang boleh dapatkan khidmat nasihat produk terbaik untuk kulit dan terus buat pembelian. Glass skin ala bintang Kpop, here we go!
Terbuka kepada semua: RSVP untuk hadiri Watsons K-Beauty Festa @ Sentul Depot dan dapatkan baucar tunai
Bukan seperti acara biasa, Watsons K-Beauty Festa @ Sentul Depot ini istimewa, acara ini terbuka kepada umum tetapi korang kena RSVP terlebih dahulu sebelum menghadirinya DI SINI dan apatkan baucar tunai RM20 juga. Bukan itu sahaja, pengunjung ke sana juga berpeluang mendapat goodies bernilai sehingga RM200.
Antara jenama terkemuka yang terlibat adalah Axis-Y, I’m From, Cosrx, Goodal dan banyak lagi. Dah lama nak cuba jenama-jenama yang selalu diulas influencer media sosial, inilah masanya untuk korang dapatkan.
Selain itu, korang boleh juga cuba sendiri memakai pakaian tradisi Korea, hanbok dan bergambar, berselfie dengan kawan-kawan. Mungkin tiba masa boleh ke sana pula kan?
Ada juga booth untuk masuk ke dunia baru menggunakan teknologi virtual reality. Mesti syok dapat pengalaman mengasyikkan! Tak lupa freebies yang disediakan di booth terlibat. Yang penting pembelian RM200 dan ke atas akan menerima heat stamping pada tote bag. Boleh personalise design masing-masing nanti. Oh, janganlah lupa ada FREE bingsu.
Beramah mesra dengan duta Glutanex Song Ji Hyo
Bukan tu je, ada persembahan tarian Kpop serta bengkel kecantikan. Ketika inilah korang boleh dapatkan khidmat nasihat daripada pakar yang akan memberi cadangan produk terbaik mengikut keadaan kulit masing-masing.
Bukan itu sahaja, ada juga penampilan khas artis Korea untuk memeriahkan suasana. Siapa lagi kalau bukan duta Glutanex, Song Ji Hyo yang akan beramah mesra dengan peminat pada 17-18 Mac sambil berkongsi mengenai produk kecantikan yang menjadi rahsia dirinya sentiasa cantik berseri sentiasa.
Sebut je Watsons, mestilah ada benda best selain sale setiap bulan kan? Di acara Watsons K-Beauty Festa @ Sentul Depot itu nanti, pengunjung yang berbelanja RM120 dan ke atas berpeluang menang trip ke Korea daripada Watsons K-Beauty Festa “I Got Seoul” Spend & Win Contest! Serius, berbaloi, rugi kalau korang tak datang dan spend di sana nanti. Info lanjut boleh didapati DI SINI.
Jom kami antara bandar menarik yang mesti dikunjungi apabila ke Korea:
Seoul
Pertama kali menjejakkan kaki di Korea, wajib ke sini. Jangan lupa ke 5 istana diraja iaitu Istana Gyeongbokgung, Istana Changdeokgung, Istana Changgyeonggung, Istana Deoksugung dan Istana Gyeonghuigung.
Tak sah kalau travel tanpa shopping kan? Myeongdong adalah lokasi mesti dituju sampai ke sana. Jangan lupa juga flagship store terbesar Apgujeong and Cheongdam
Jinhae
Selama 60 tahun, Jinhae menjadi bandar tuan rumah untuk Jinhae Gunhangje Festival. Setiap kali tibanya waktunya, bunga sakura kembang mekar di seluruh Jinhae.
Untuk pengalaman mengasyikkan, ambil tren dari Seoul ke Gyeonghwa Station kerana stesen ini mempunyai terowong bunga sakura yang cukup indah seakan lukisan. Sekali setahun sahaja tau!
Jangan lupa tandakan kalendar korang pada 16 hingga 19 Mac ini bertempat di Sentul Depot untuk bersama memeriahkan Watsons K-Beauty Festa @ Sentul Depot ini.
Ikuti Watsons di Facebook dan Instagram untuk tidak ketinggalan update dan promo terkini. Jumpa di sana!
The post Watsons K-Beauty Festa Ini Tawar Goodies Sehingga RM200? Ini Details Korang Kena Tahu first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments