Seorang peniaga telah ditahan gara-gara menjual juadah untuk orang tidak berpuasa di Tangok, Bachoh , semalam.
Memetik Berita Harian, Pejabat Agama Jajahan Bachok dan Majlis Daerah Bachok telah membuat serbuan sekitar kawasan tersebut sekitar jam 10 pagi hingga 12 tengah hari.
Dalam serbuan itu, peniaga berkenaan telah disyaki menjual makanan kepada pelanggan di mana lebih 20 bungkus nasi berlauk ayam bersama teh o ais telah berjaya dirampas.
Nasi disorok dalam masin basuh dan ayam dalam tandas.
Operasi cegah orang tidak berpuasa oleh Pejabat Agama Jajahan Bachok dan Majlis Daerah Bachok antara jam 10 pagi hingga 12 tengah hari tadi. pic.twitter.com/b2hlsOSOfW
— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) March 27, 2023
Hasil operasi menemukan lebih 20 bungkus nasi yang disorok dalam mesin basuh dan ayam yang diperap dalam tandas. Selain itu, kita juga menemukan teh o ais yang disembunyikan dalam bilik tidur.
Apa yang lebih mengejutkan apabila makanan berkenaan telah disorok dalam mesin basuh dan ayam mentah serta ayam goreng diletak di hadapan mangkuk tandas.
Hasil siasatan mendapati pemilik rumah berkenaan telah membungkus nasi itu sebelum pembeli datang mengambilnya.
Pegawai Agama Jajahan Bachok, Suratemu Mat Yusof memaklumkan bahawa tiada tangkapan pembeli makanan berjaya dibuat kerana sempat melarikan diri.
Manakala pembuat makanan itu telah diberi nasihat untuk tidak lagi menjual makanan kepada golongan yang tidak berpuasa selain dipanggil untuk kaunseling sebagai hukuman.
The post “Kantoi Tak Puasa..” – Nasi Bungkus Disorok Dalam Mesin Basuh, Ayam Goreng Diperap Depan Mangkuk Jamban first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments